Pages

'' Jalan-Jalan Menuju Taman Ilmu Itu Wangi, Sewangi Syurga Firdausi Abadi"

Monday, January 3, 2011

Aku Jatuh Cinta dengan mereka



Pertama kali aku merasakan diriku dicintai sepenuh jiwa raga oleh Sahabat.

Cinta mereka dilahirkan dengan kesanggupan mereka mendengar dan berkongsi menyelesaikan masalah yang menyempit dadaku tanpa meminta apa2 balasan daripadaku kecuali komitmenku dalam halaqah ini. Mereka memberi galakan dan motivasi yang baik dalam diriku. Aku cukup tertarik. Bahkan mereka sanggup mati dan bersusah payah kerana aku.

Apabila aku berjauhan dengan mereka aku merasakan satu kerinduan yang amat mendalam. Apabila aku menatap kembali mesej nasihat dan ucapan sayang kepadaku di handset ia cukup membuat aku begitu tersentuh.Apatah lagi cinta mereka disandarkan kepada cinta Allah dan Rasullulah.

Ya.Ukhwah islamiyah membangkitkan iman yang sejati.

Tarbiyah mengajak aku kenal akhlak seorang teman. Kesabaran seorang teman dalam membawa temannya menyelami cinta suci, cinta sejati. Kerana hanya seorang teman, berubah sudah corak langkahku. Mengikis jahiliah dalam diri.
Jika temanmu teguh, kau juga teguh.

Aku tidak pernah mengimpikan persahabatan seperti ini, apatah lagi layak untuk bersahabat dengan mereka tetapi takdir tuhan yang memilih aku untuk sama-sama serta dalam perjuangan ini. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah.

Erti persahabatan sangat luas. Aku mencintai sahabat atau akhwat kerana mereka mencintai ilmu. Ilmu penenang jiwaku,penghiburku. Penyuluh jalan ketika aku teraba-raba mencari kebenaran.

Pernah aku terkecewa dalam jalan dakwah ini, tetapi itu semua bukanlah penghalang untuk aku menarik diri berbanding kesukaran yang pernah aku alami dahulu sebelum mengenal erti dakwah. Hidup tanpa cahaya dan sepi.

Aku teringin sekali mengajak rakan-rakanku yang lain duduk bersama dalam perjuangan ini. Perjuangan mujahidah islam yang tidak pernah tamat. Jatuh cinta dengan mereka seperti aku. Keindahannya berbeza berbanding cinta rakan-rakan duniawi. Aku tidak bermain-main.

Syukran terutama kepada akhwat unisza,umt dan ILP. Syukran ukhti Syahirah, ukhti Salamah, ukhti Faezah, Kak Fiza, ukhti Syafiqah, Kak Solehah dan anak halaqah kak kinah, kak fasha, una dan zu. Walaupun Kak Solehah (kini praktikal) kini tiada disisi, tetapi insyaallah ilmu yang diberikan sentiasa aku hargai.

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

No comments:

Post a Comment