Pages

'' Jalan-Jalan Menuju Taman Ilmu Itu Wangi, Sewangi Syurga Firdausi Abadi"

Wednesday, August 29, 2012

KOSONG

kosong..kosong..kosong (ni bukan lagu tp hati YG KOSONG) Kenapa kosong? - BANYAK berbuat maksiat - BANYAK bercakap/ membuat benda lagha - BANYAK melihat suasana yang x elok - JAUH daripada majlis ilmu - TIDAK memperbaiki iman - MENGAMALKAN gaya hidup bermalas malasan - MENJAUHKAN diri drpd org2 soleh Apa LAGI? bYk lagi..semuanya mengundang dosa.

Tuesday, August 28, 2012

Pesanan?

Tadi aku baru terbaca blog sorang kawan aku ni..katanya ada niat nak menyarungkan tudung labuh..tetapi katanya tidak cukup kuat n rasa x layak nak pakai tudung ni.. Aku ada terbaca 1 entry ustaz ni, ustaz pahrol md.joui..korg kenal x?editor solusi..em,dia ckp hanya perempuan yang beriman sahaja boleh pakai tudung jenis labuh ni (dalam erti kata tudungnya x jarang n singkat).. bagi yang dah pakai tudung labuh,jangan rasa diri korang dah cukup baik sebabnya berimannya seseorang bukan pada tudung jer tapi akhlak nye juga;) keep it up! Bgi yang nak berhijrah pakai tudung labuh mcm Abbi Abadi, n lain2,aku doakan supaya cita2 korang tercapai..jgn ragu2 pakai jer..orang nak mengata korang nnti?mungkin akan berlaku..tp mana yang lebih penting,pandangan manusia or Allah? By the way,jaga Akhlak k!

Tidur bukan hanya melelapkan mata…

Rasulullah SAW kepada isterinya Siti Aishah RA. Baginda diriwayatkan telah berkata, wahai Aishah, janganlah engkau tidur sehingga kau melakukan 4 perkara ini, pertama, setelah habis membaca seluruh isi Al-Quran. Kedua, mengambil aku dan para Nabi sebagai penolongmu di hari kiamat. Ketiga, sehingga semua orang Islam redha dan memaafkanmu. Keempat, hingga kau selesai mengerjakan umrah.

Apabila Saiyidatina Aishah bertanya bagaimana? Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jika kita tidak membaca surah Al-Ikhlas 3 kali samalah fadhilat dengan membaca keseluruhan isi Al-Quran. Bila kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dari para nabi yang lain, maka mereka nanti akan membela keadaan kita di hari kiamat. Bila kita beristighfar dan memohon ampun untuk orang mukmin maka mereka juga akan redha terhadap kita kelak. Dan dengan membaca Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah, samalah pahalanya seperti kita mengerjakan umrah.Sempana Ramadhan yang mulia ini, semoga kita sama2 dipertingkatkan amalan.