Pages

'' Jalan-Jalan Menuju Taman Ilmu Itu Wangi, Sewangi Syurga Firdausi Abadi"

Wednesday, August 3, 2011

Carikan aku dirinya,aku pohon…



Aku memohon kepada tuhan agar tetapkanlah aku dijalan ini jangan pesongkan hati aku kerana sikap melampau batas aku yang menjatuhkan aku ke lembah maksiat.ya tuhan aku mohon jangan tinggalkan aku ketika nafasku ini masih memerlukan asma mu, ya allah aku rindu padamu, jangan biarkan aku terkapai2 keseorangan aku takut ya allah aku takut..aku takut mati dalam keadaan aku masih tidak sedia bertemu dengan mu.naikkan lah darjatku sebagai hambamu yang bertaqwa lantas menundukkan diri kepadamu..

Aku memohon pada tuhan agar diberikan aku kesempatan hidup didunia untuk membuat amal baik, beribadat kepada tuhan bersungguh sungguh, kerana didalam kubur nanti aku akan berehat sepuas-puasnya.jauhkan aku daripada azab api neraka ya allah, kurniakan kanlah aku syafaat untuk masuk kedalam syurgamu, aku takut ya allah..