Pages

'' Jalan-Jalan Menuju Taman Ilmu Itu Wangi, Sewangi Syurga Firdausi Abadi"

Wednesday, August 29, 2012

KOSONG

kosong..kosong..kosong (ni bukan lagu tp hati YG KOSONG) Kenapa kosong? - BANYAK berbuat maksiat - BANYAK bercakap/ membuat benda lagha - BANYAK melihat suasana yang x elok - JAUH daripada majlis ilmu - TIDAK memperbaiki iman - MENGAMALKAN gaya hidup bermalas malasan - MENJAUHKAN diri drpd org2 soleh Apa LAGI? bYk lagi..semuanya mengundang dosa.

Tuesday, August 28, 2012

Pesanan?

Tadi aku baru terbaca blog sorang kawan aku ni..katanya ada niat nak menyarungkan tudung labuh..tetapi katanya tidak cukup kuat n rasa x layak nak pakai tudung ni.. Aku ada terbaca 1 entry ustaz ni, ustaz pahrol md.joui..korg kenal x?editor solusi..em,dia ckp hanya perempuan yang beriman sahaja boleh pakai tudung jenis labuh ni (dalam erti kata tudungnya x jarang n singkat).. bagi yang dah pakai tudung labuh,jangan rasa diri korang dah cukup baik sebabnya berimannya seseorang bukan pada tudung jer tapi akhlak nye juga;) keep it up! Bgi yang nak berhijrah pakai tudung labuh mcm Abbi Abadi, n lain2,aku doakan supaya cita2 korang tercapai..jgn ragu2 pakai jer..orang nak mengata korang nnti?mungkin akan berlaku..tp mana yang lebih penting,pandangan manusia or Allah? By the way,jaga Akhlak k!

Tidur bukan hanya melelapkan mata…

Rasulullah SAW kepada isterinya Siti Aishah RA. Baginda diriwayatkan telah berkata, wahai Aishah, janganlah engkau tidur sehingga kau melakukan 4 perkara ini, pertama, setelah habis membaca seluruh isi Al-Quran. Kedua, mengambil aku dan para Nabi sebagai penolongmu di hari kiamat. Ketiga, sehingga semua orang Islam redha dan memaafkanmu. Keempat, hingga kau selesai mengerjakan umrah.

Apabila Saiyidatina Aishah bertanya bagaimana? Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jika kita tidak membaca surah Al-Ikhlas 3 kali samalah fadhilat dengan membaca keseluruhan isi Al-Quran. Bila kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dari para nabi yang lain, maka mereka nanti akan membela keadaan kita di hari kiamat. Bila kita beristighfar dan memohon ampun untuk orang mukmin maka mereka juga akan redha terhadap kita kelak. Dan dengan membaca Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah, samalah pahalanya seperti kita mengerjakan umrah.Sempana Ramadhan yang mulia ini, semoga kita sama2 dipertingkatkan amalan.

Saturday, September 17, 2011

salam aidul fitri dan hari merdeka

assalamualaikum, sudah lama saya x post di blog ini.tapi kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya dan happy merdeka..bagi pelajar ijazah unisza yang sudah balik kembali, diucapakan selamat kembali dan meneruskan perjuangan di bidang masing2.

Wednesday, August 3, 2011

Carikan aku dirinya,aku pohon…



Aku memohon kepada tuhan agar tetapkanlah aku dijalan ini jangan pesongkan hati aku kerana sikap melampau batas aku yang menjatuhkan aku ke lembah maksiat.ya tuhan aku mohon jangan tinggalkan aku ketika nafasku ini masih memerlukan asma mu, ya allah aku rindu padamu, jangan biarkan aku terkapai2 keseorangan aku takut ya allah aku takut..aku takut mati dalam keadaan aku masih tidak sedia bertemu dengan mu.naikkan lah darjatku sebagai hambamu yang bertaqwa lantas menundukkan diri kepadamu..

Aku memohon pada tuhan agar diberikan aku kesempatan hidup didunia untuk membuat amal baik, beribadat kepada tuhan bersungguh sungguh, kerana didalam kubur nanti aku akan berehat sepuas-puasnya.jauhkan aku daripada azab api neraka ya allah, kurniakan kanlah aku syafaat untuk masuk kedalam syurgamu, aku takut ya allah..

Monday, January 3, 2011

Aku Jatuh Cinta dengan mereka



Pertama kali aku merasakan diriku dicintai sepenuh jiwa raga oleh Sahabat.

Cinta mereka dilahirkan dengan kesanggupan mereka mendengar dan berkongsi menyelesaikan masalah yang menyempit dadaku tanpa meminta apa2 balasan daripadaku kecuali komitmenku dalam halaqah ini. Mereka memberi galakan dan motivasi yang baik dalam diriku. Aku cukup tertarik. Bahkan mereka sanggup mati dan bersusah payah kerana aku.

Apabila aku berjauhan dengan mereka aku merasakan satu kerinduan yang amat mendalam. Apabila aku menatap kembali mesej nasihat dan ucapan sayang kepadaku di handset ia cukup membuat aku begitu tersentuh.Apatah lagi cinta mereka disandarkan kepada cinta Allah dan Rasullulah.

Ya.Ukhwah islamiyah membangkitkan iman yang sejati.

Tarbiyah mengajak aku kenal akhlak seorang teman. Kesabaran seorang teman dalam membawa temannya menyelami cinta suci, cinta sejati. Kerana hanya seorang teman, berubah sudah corak langkahku. Mengikis jahiliah dalam diri.
Jika temanmu teguh, kau juga teguh.

Aku tidak pernah mengimpikan persahabatan seperti ini, apatah lagi layak untuk bersahabat dengan mereka tetapi takdir tuhan yang memilih aku untuk sama-sama serta dalam perjuangan ini. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah.

Erti persahabatan sangat luas. Aku mencintai sahabat atau akhwat kerana mereka mencintai ilmu. Ilmu penenang jiwaku,penghiburku. Penyuluh jalan ketika aku teraba-raba mencari kebenaran.

Pernah aku terkecewa dalam jalan dakwah ini, tetapi itu semua bukanlah penghalang untuk aku menarik diri berbanding kesukaran yang pernah aku alami dahulu sebelum mengenal erti dakwah. Hidup tanpa cahaya dan sepi.

Aku teringin sekali mengajak rakan-rakanku yang lain duduk bersama dalam perjuangan ini. Perjuangan mujahidah islam yang tidak pernah tamat. Jatuh cinta dengan mereka seperti aku. Keindahannya berbeza berbanding cinta rakan-rakan duniawi. Aku tidak bermain-main.

Syukran terutama kepada akhwat unisza,umt dan ILP. Syukran ukhti Syahirah, ukhti Salamah, ukhti Faezah, Kak Fiza, ukhti Syafiqah, Kak Solehah dan anak halaqah kak kinah, kak fasha, una dan zu. Walaupun Kak Solehah (kini praktikal) kini tiada disisi, tetapi insyaallah ilmu yang diberikan sentiasa aku hargai.

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Friday, December 31, 2010

Pilu melihat remaja kini..



Selama ini saya jarang menulis tapi apabila memikirkan tentang masyarakat kini mengajak saya untuk sama2 menulis demi peringatan bersama.

On the way pulang ke rumah rawang Selangor untuk cuti sem, saya daripada unisza, Terengganu. Jauh perjalanan..memang penat,dengan beg berat,tidak lupa kepok lekor semestinya.

Masuk2 je train rawang saya nampak sepasang couple melayu tengah berpelukan mereka lebih kurang sebaya adik saya pelajar sekolah menengah.Auzubillahminzalik.Tidak malu langsung,beristighfar panjang saya. Tiba-tiba air mata mula mengalir ketika duduk dalam train.

Saya cuma dapat melihat aksi mereka, inilah corak gaya hidup remaja sekarang.Tiada siapa yang ingin mengingatkan mereka tentang ikhtilat hubungan lelaki dan perempuan.Seolah olah agama itu tidak pernah wujud, perjuangan Rasullulah tidak pernah ada.

Cinta..couple.. kenapa ia melalaikan manusia?

Train berhenti terminal kepong, ada kawasan perkuburan disitu.
Kata gadis kepada bfnya, “inilah rumah kita”, sambil membuat aksi seolah olah ingin keluar daripada train. Si bf pula, cuma tersengih. Tidak tahu samada rasa takut atau tidak.

Dalam hati saya berkata, ingat pula diorang ni pasal rumah kedua.
Teringat saya akan kata-kata Rasullulah, “orang yang paling cerdik diantara kamu adalah orang yang banyak memperingati mati”.

Dengan mengingati mati, seseorang itu tidak akan sesuka hati melakukan maksiat,sama ada yang nyata atau tidak.

Di dunia kubur, kita tidak akan terlepas daripada azabnya, terutama orang2 yang gemar melakukan kemungkaran. Hanya amalan baik didunia ini sahaja yang dapat mengurangkan azab tersebut.
Bila kita mati?saya pun tidak tahu, jadi bersedialah. Jangan hanya cinta kecil kita didunia menghancurkan cinta besar kita untuk akhirat.